Kerjaya politik Chia Chin Shin

Selepas pembetukan Malaysia yang menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Singapura dan Sarawak, Chia Chin Shin telah terpilih menganggotai Dewan Rakyat bermula Mei 1964, mewakili Sarawak[3].

Chia Chin Shin mula bertanding atas tiket Parti Perikatan pada tahun 1969 di kawasan pilihan raya negeri Miri dengan status menang dan telah menewaskan empat calon yang bertanding di kawasan tersebut iaitu Lau Siu Wai dan Kepol Samat dari parti Bebas, Yang Siew Siang dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan John Leong Chee Yun dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).[4] Pada pilihan raya berikutnya iaitu pada 1974 dan 1979, beliau kekal menang dalam kawasan Miri tetapi berlainan parti iaitu Barisan Nasional (SUPP).[5][6] Chia Chin Shin telah tewas dalam pilihan raya negeri Sarawak 1983 dan kerusi DUN Miri berjaya dirampas oleh Datuk Patinggi George Chan Hong Nam.[7]

Beliau juga menyertai pilihan raya umum Malaysia 1978. Chia Chin Shin bertanding atas tiket parti Barisan Nasional di kawasan Parlimen Lambir (sebelum ini dikenali sebagai Miri-Subis dan kini dikenali sebagai Miri), sungguhpun begitu beliau telah tewas oleh peguam muda, Raymond Szetu Mei Thong dari Sarawak People Organisation (SAPO).[6][8]

Rujukan

WikiPedia: Chia Chin Shin http://www.parlimen.gov.my/files/opindex/pdf/aumdr... //www.worldcat.org/oclc/60605342 https://books.google.com/books?id=FQkdAAAAMAAJ&q https://books.google.com/books?id=Y6cCAAAAMAAJ&q https://www.utusanborneo.com.my/2018/05/07/kegagal... https://www.istiadat.gov.my/semakan-penerima-darja... https://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-18... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20210808124944/https:/... https://web.archive.org/web/20210808132637/https:/...